Membuat Herbarium (Part 1)
Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua mengenai Herbarium. haaaa, pernah dengar tak herbarium? herbarium ni bahasa mudah dia ialah satu proses pengawetan kering yang kita buat untuk awet tumbuhan tu.
Tujuan utama herbarium ni ialah sebagai sumber rujukan. Kenapa tak tengok pada pokok sebenar sahaja, kenapa kene ada herbarium? haaa ni sebab tumbuhan ni spesies dia sangatlah banyak dan luas. Jadi, mana nak ada tempat nak tanam semua di tepi rumah contohnya. Sebab itu, kita boleh buat herbarium mengenai pelbagai pokok tau, caranya pun sangat mudah. Saya baru sahaja membuat satu pagi ini.
Pertama sekali kita kenelah menncari pokoknya kan, pokok ini kita panggil spesimen kalau nak nampak lebih macam saintis hahaha. Haa jap saya berikan gambar yaa spesimen saya ambil.
Nampak tak hehehe, lepasni kita himpap. haaa tapi kene tunggu sekejap untuk dia kering. nanti saya update lagi yaa. Aktiviti ini sangat mudah dan boleh menerapkan pelbagai kemahiran tau dalam diri murid😊. Pada post akan datang juga saya cuba berikan nota-nota sedikit mengenai Pembuatan Herbarium ni. Sehingga bertemu lagi.



Comments
Post a Comment